Take Churping to a whole new level!disini TThe power behind every Ferrari, Shell Helix. Now it's in your car.disini Be a part of d Volkswagen true fan club! #VWfan .disini Wanna be a part of London 2012 Olympics Games? #SamsungGlobalBlogger!disini Take Churping to a whole new level!disini

Pembaca Blog

05 May 2012

Tips Membeli Sebuah Telefon Bimbit


Tips/Panduan Sebelum Beli Handphone/Telefon Bimbit

1. Kenalpasti lokasi ataupun kedai yang meyakinkan
Kalau kita nak beli sesuatu benda yang berkualiti, mesti kena survey tempat yang elok dulu kan. Yang memang boleh kita percaya tempat tu bukan jual barang-barang tiruan/tipu. So, pilihla kedai-kedai telefon yang memang kita rasa tempat yang betul untuk beli handphone dan bukan di kedai mainan.

2. Rancang Perbelanjaan Ikut Kemampuan
Yang ni pun penting jugak sebab kalau kita nak beli handphone kita mesti dah buat kira-kira berapa bajet nak beli handphone tu. Bukan pe, takut nanti dah sampai di kedai telefon tu berkenan pulak handphone mahal tak padan dengan bajet. Tapi bila balik rumah, pokai..Huk3

3. Cari Info Berkaitan Handphone Yang Nak Dibeli
Cari la sebanyak mungkin info untuk rujukan kita. Tengok apa fungsi yang ada sebelum buat pilihan. Buat perbandingan dengan handphone-handphone yang lain yang lebih kurang sama harga.


Tips/Panduan Semasa Beli Handphone/Telefon Bimbit

1. Buat tawar-menawar dulu. Compare harga di tempat-tempat lain.  Kalau pandai tawar-menawar memang untung la korang. Tapi bukan menepung tawar k. Tu untuk orang kawin je..:-p

2. Jangan bagitau bajet yang kita ada. Survey dulu sebelum beli sebab takut kena tipu.

3. Pastikan jaminan/warranty yang diorang bagi contohnya:
- Warranty kedai/warranty pengeluar
- Pastikan set original (Zitron)/ set AP. Set Zitron lebih mahal dari set AP.
- Berapa lama tempoh warranty. Lagi lama lagi bagus.
- Warranty aksesori contohnya bateri, software, speaker dll.

4. Pastikan ada cop SIRIM, barcode dan tarikh bila dikilangkan.

5. Pastikan nombor EMEI yang ada di handphone dengan jurujual adalah sama.

6. Pastikan semua aplikasi handphone berfungsi. Mintak jurujual bukak dan korang check semua berfungsi dengan baik atau tak.

7. Last sekali, dah puas hati pastikan duit cukup kemudian baru bayar..

No comments: