Take Churping to a whole new level!disini TThe power behind every Ferrari, Shell Helix. Now it's in your car.disini Be a part of d Volkswagen true fan club! #VWfan .disini Wanna be a part of London 2012 Olympics Games? #SamsungGlobalBlogger!disini Take Churping to a whole new level!disini

Pembaca Blog

10 November 2011

Nota Pentaksiran dan Penilaian

NOTA PENTAKSIRAN DAN REKOD PENILAIAN

6.1 PENGENALAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan
perkembangan mereka.
Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid
ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

6.2 OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke 
semasa.
iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
v. Mengesan keberkesanan pengajaran.
vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

6.3 PENTAKSIRAN

Tujuan pentaksiran adalah:
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

6.4 PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

a. Merancang: sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

6.5 MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN

i. Bagaimana pentaksiran dilaksanakan?
ii. Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaian
dilakukan melalui pemerhatian. 
iii. Apa maksud pemerhatian?

iv. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat clan merekodnya dengan tepat.
v. Apakah yang diperhatikan?
vi. Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan clan hasil kerja seperti berikut:
1. Tingkah laku.
2. Tingkah laku murid boleh diperhatikan clan dinilai.
Contohnya:-
a. Bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan.
b. Menyusun blok bersama rakan atau
c. bersendirian.
d. Mengikat tali kasut.
e. Berlari sambil melompat.
f. Menyelesaikan masalah bersama rakan.
g. Membuat kolaj dalam kumpulan.
h. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid.
j. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid yang boleh diperhati
k. dan dinilai adalah seperti berikut:

Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru/murid dengan murid.
-Interaksi murid dengan bahan.
-Main peranan.
-Bersoal jawab.
-Bacaan.
-Nyanyian.
-Hasil kerja murid.
Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah:
-Lukisan 
-Buku skrap 
-Kraftangan 
-Buku kecil
- Model

6.6 MEREKOD MAKLUMAT
Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
Contoh rekod seperti berikut:
a. Senarai Semak
b. Skala Kadar
c. Rekod Anekdot
d. Rekod Berterusan (Running Record)

6.7 INSTRUMEN PENTAKSIRAN
i.Senarai Semak.
a.Definisi:
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada:

b. Sesuatu tingkah laku/ciri ada atau dapat diperhatikan.
c. Sesuatu perlakuan telah dilakukan.
d. Kekerapan sesuatu tingkah laku.

ii. Prosedur
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak:
a) Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.
b) Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
c) Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.
d) Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
e) Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan.
f) Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat/amalan yang lebih tepat/ kekal.
g) Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran atau tingkah laku murid.

6.8 CONTOH REKOD
6.8.1 Rekod Skala Kadar
a. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan clan pencapaian sesuatu tingkah laku murid.
b. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.

6.8.2 Rekod Anekdot
Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila clan di mana berlaku.

6.8.2.1 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk
membuat rekod anekdot ialah:
a. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
b. Mengenal pasti peristiwa itu penting clan signifikan kepada aspek perkembangan
murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
c. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.
d. Menulis apa yang dilihat secara objektif.
e. Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran
menyelesaikan masalah murid.

6.8.3Rekod Berterusan
a. Definisi
Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita "narrative" yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit.

b. Prosedur menyediakan rekod berterusan
i. Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
ii. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
iii. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci.
iv. Rekod hendaklah tepat clan paclat.
v. Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
6.9 PENYIMPANAN MAKLUMAT
Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio.

6.9.1 Definisi Portfolio:
Portfolio adalah untuk merekod pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid secara sendirian

serta yang diperolehi bersama rakan-rakan lain. Portfolio boleh dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu bapa murid untuk memaklumkan mereka tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.
6.9.1.1 Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah
i. Pelaporan Perkembangan Murid
ii. Rekod Peribadi
iii. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid
iv. Hasil Kerja terpilih
a. Perlu dinilai dan diberi ulasan
b. Pemilihan menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian
c. Pemilihan hasil kerja murid perlu dipilih dan
dinilai dari setiap komponen sekurangnya 2
bulan sekali.

6.10 HASIL KERJA MURID
a. Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam portfolio. Pemilihan
hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah:
i. Gambar atau lukisan
ii. Tulisan
iii. Binaan yang disempurnakan
iv. Cerita yang ditulis
v. Buku skrap

b. Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah
dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan,
contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Koleksi hasil
kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil
kerja yang melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan
kriteria pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi
yang dibuat oleh murid.

c. Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi
perasaan, sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap
sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

6.11 REKOD PERIBADI MURID

Rekod peribadi murid mengandungi maklumat diri murid, maklumat keluarga murid dan maklumat fizikal. Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada guru Tahun Satu apabila murid masuk ke sekolah formal. Manakala bagi murid yang bermasalah dari segi kesihatannya maka Rekod Peribadi ini penting sebagai bahan
rujukan untuk guru mengambil tindakan sewajarnya.

1. Contoh Rekod Peribadi Murid
2. Contoh Maklumat Keluarga
3. Maklumat Kesihatan
4. Maklumat Fizikal
5. Kecemasan Sila Hubungi
Rujuk Buku Pentaksiran dan Rekod Penilaian yang diedarkan oleh BPK.

6.12 PELAPORAN
a. Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa
tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian
murid.
b. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:
• Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk
membolehkan guru clan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
• Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus berdasarkan
pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran
menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh clan ketrampilan diri mengikut
tahap keupayaan mereka.
• Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang telah diperolehi hasil
daripada analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.


6.13 REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID

Rekod Perkembangan clan Kemajuan Murid merupakan rumusan yang dibuat oleh guru hasil daripada maklumat yang dikumpul dan dianalisis mengenai perkembangan diri murid secara menyeluruh dan spesifik. la berbentuk ulasan berdasarkan item-item yang telah dibina melalui hasil pembelajaran yang hendak dicapai berasaskan Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan KanakKanak. Ulasan yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri murid yang boleh diukur melalui keenam-enam komponen berikut:
a. Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
b. Perkembangan Kognitif
c. Perkembangan Kerohanian dan Moral
d. Perkembangan Sosioemosi
e. Perkembangan Fizikal
f. Perkembangan Kreativiti clan Estetilka
Maklumat yang perlu ada semasa membuat rumusan mengenai
perkembangan murid melalui keenam-enam komponen perlu
mengambil kira aspek-aspek berikut:

6.13.1 Pengetahuan
Aspek pengetahuan murid meliputi:
• Diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
• Kepelbagaian hidupan di persekitaran
• Kewujudan fenomena alam
• Agama
• Pengalaman berdasarkan multimedia

6.13.2 Kemahiran
Aspek kemahiran yang telah dikuasai oleh murid meliputi:
• Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
• Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
• Kemahiran motor halus dan motor kasar semasa menjalankan
aktiviti harian dan aktiviti pembelajaran.

6.13.3 Kreativiti
Kreativiti murid boleh dinilai dalam:
• Menghasilkan objek dengan menggunakan bahan secara
kreatif (contoh: bahan semulajadi, bahan kitar semula
• Merekacipta sesuatu hasilan berdasarkan pengalaman dan fantasi.

6.13.4 Sikap Dan Sahsiah
Aspek tingkah laku murid yang boleh dinilai adalah:
• Amalan nilai-nilai murni
• Perbuatan menghormati dan mematuhi arahan/peraturan
• Sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya

6.13.5.Komunikasi
Kebolehan berkomunikasi murid yang boleh dinilai adalah seperti:
• Berinteraksi secara sopan, tertib dan teratur
• Melakukan pengucapan bertatasusila menggunakan bahasa yang betul
• Berinteraksi secara `non verbal' (bahasa isyarat) dan boleh difahami
• Memberi pendapat yang boleh diterima pakai.

Tindakan Susulan

• Kelebihan murid dalam pencapaian perlu diperkukuh dan dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid perlu dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya.
• Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran.
• Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut.
• Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

No comments: